Kami beroperasi di kawasan

Kami beroperasi di kawasan Skudai, Tampoi, Lima Kedai, Gelang Patah, Nusajaya, Mutiara Rini, Kiara Hill,Horizon Hill,
Taman Melawati, Pulai Indah, Setia Tropika, Nusantara, Taman Pulai Emas, Taman Molek, Taman Pulai Perdana 2, Kangkar Pulai,Nusa Perintis, Taman Nusa Indah,Taman Nusa Idaman
Bukit Indah, Taman Nusa Bestari, Bandar Baru Uda Utama,
Taman Nusaria, Taman Pulai Jaya dan kawasan2 sekitar Johor Bahru yang lain.


Friday, 22 September 2017

Peti bocor? Ini penyelesainnya !

Peti sejuk satu pintu -bocor/tercucuk pisau


Masalah : Peti sejuk bocor - Tercucuk pisau

Selepas  dicucuk dengan pisau
Ini antara masalah yang biasa dihadapi oleh pengguna peti sejuk 1 pintu. Disebabkan hendak cepat membuang ketulan ais, peralatan yang tajam seperti pisau digunakan untuk membuang ais yang tebal. Walhal tanda amaran telah dilekatkan oleh pengeluar dilarang menggunakan benda tajam di bahagian atas peti sejuk.

Kesan lubang

Ini kerana laluan gas berada di bahagian bawah tempat freezer. Laluan tersebut dibuat dengan menggunakan kepingan aluminium yang nipis. Jika pisau terkena pada kepingan aluminium, sudah pasti gas akan terkeluar dan peti sejuk tidak akan sejuk lagi. Sebaiknya, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, tekan butang defrost di bahagian kawalan suhu supaya ais cair dengan sendiri.

Cara untuk baiki, kesan bocor atau lubang di


bahagian freezer perlu ditambal dengan gam khas bernama Laco. Gam ini dibuat dari campuran epoxy sejenis material daripada komposit. Gam ini perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum disapu ke tempat yang bocor. Selepas ditampal, proses vacuum perlu dibuat untuk mengeluarkan gas lama yang terdapat di dalam saluran/coil.


Proses vacuum dan tambah gas

Seterusnya, barulah gas R-134a akan dimasukkan untuk menggantikan gas asal yang terkeluar tadi. Peti sejuk akan kembali sejuk seperti biasa selepas semua proses di atas dilakukan.

Tips:
Jika  selepas tercucuk freezer, anda hendaklah segera menutup suis peti sejuk anda. Ini bagi mengelakkan air masuk ke dalam saluran seterusnya boleh merosakkan compressor anda. Kos untuk menukar compressor sangat mahal.


1 comment:

  1. Kalau terlupa off kan Suis peti sejuk macam mana bang??Sebab MLM saya bersihkan blm tau ada bocor ke tak! Lepas tuh pagi saya baru tau sebab cium bau gas setelah saya cek dia memang bocor Kat tepi keluar cairan warna coklat dan berbau kuat sangat.Macam ini masih boleh baiki ke atau masih boleh pakai nanti.Boleh bagi penjelasan dikit tak bang...

    ReplyDelete