Kami beroperasi di kawasan

Kami beroperasi di kawasan Skudai, Tampoi, Lima Kedai, Gelang Patah, Nusajaya, Mutiara Rini, Kiara Hill,Horizon Hill,
Taman Melawati, Pulai Indah, Setia Tropika, Nusantara, Taman Pulai Emas, Taman Molek, Taman Pulai Perdana 2, Kangkar Pulai,Nusa Perintis, Taman Nusa Indah,Taman Nusa Idaman
Bukit Indah, Taman Nusa Bestari, Bandar Baru Uda Utama,
Taman Nusaria, Taman Pulai Jaya dan kawasan2 sekitar Johor Bahru yang lain.


Friday, 20 January 2017

Tips cuci mesin basuh

Assalamualaikum and hye semua. Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan happy new year huhu. Okay entry kali ni nak share sikit pasal tips nak mencuci mesin basuh. Haa ingat mesin basuh yang digunakan hari-hari tu tak perlu dicuci walaupun kegunaan nya untuk mencuci? Mesin basuh yang tidak dicuci boleh menyebabkan kerosakan dan akan menyebabkan ada kertas atau tisu yang dicarik melekat pada basuhan. Untuk menjaga mesin basuh supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama dan untuk menjamin keberkesanannya mencuci pakaian anda, bolehla try tips yang dikongsi ni 😏

1) Cabut penapis di dalam tangki dan cuci sebersih mungkin kemudian pasangkan semula.

2) Paras air hendaklah pada tahap maksima dan pilih mod 'TUB CLEANING'. Jika tiada mod ini, anda boleh pilih mod 'SOAK' atau yangpenting pastikan anda pilih cycle 'WASH' sahaja.

*Kosongkan mesin basuh semasa proses mencuci dijalankan.



3) Masukkan bahan pencuci yang bersesuaian apabila paras air sampai aras 1/3 penuh.

*Bahan pencuci hendaklah mengandungi:
  - 300 gm sodium percarbonate atau sodium carbonate atau,
  - 300 gm sodium borate (Borax) atau,
  - 300 gm jenama Calgon, Cosway atau Oxy atau,
  - 140 gm soda + 750 ml cuka putih yang dicampur dahulu didalam bekas lain atau,
  - campurkam pencuci jenama zip active formula dengan 300 gm bicarbonate sebelum dimasukkan ke dalam mesin atau,
  - jika tiada bahan di atas, tak perlu letak apa-apa bahan (kurang berkesan) atau,
  - boleh cari pencuci khas untuk membersihkan drum mesin basuh seperti dibawah:



4) Jika anda memilih mod 'TUB CLEANING' atau 'SOAK', proses mencuci mesin selesai selepas program cucian telah siap. Sekiranya anda hanya memilih 'WASH' sahaja selama 3 minit, anda perlu biarkan mesin terendam selama sejam.

5) Selepas sejam, pilih mod

 - WASH 8 minit
 - RINSE 2 kali
 - SPIN 1 minit



6) Pastikan tiada keladak atau daki yang tinggal didasar tangki. Jika masih ada cuci penapis dan ulang semula langkah membasuh, bilas dan keringkan sehingga tiada kesan keladak yang tertinggal. Tadaa!! mesin basuh anda telah pun bersih!




No comments:

Post a Comment